Archive

Monthly Archives: August 2007

Cerita ini ditujukan kepada kawan aku yang berada di U sekarang, yang ternyata merasai kebosanan melampau, and also for those who have been with me during this holiday. May Allah bless you all…

BERAKHIRNYA SEBUAH KISAH [part one]

11 Julai ’07.

“Nasi lemak-Vico”. Tak habis-habis phrase tuh aku hafal dalam kapal AirAsia. Nasi lemak (RM 6) + Vico (RM 4) = RM 10. Punyalah aku nak jimat duit, tapi rezeki tak baik, nasi lemak (Pak Nasser) habis. Apa bole buat, maggi Xtra-Delixious (RM 6) pun jadilah. Lapar sangat. Perjalanan ke Sabah makan masa lebih kurang 1 jam setengah. Sakit leher pula nak tidur dalam kapal, seat sempit. Bersengkang matalah aku.

Sampai dekat airport Kota Kinabalu (KK), aku pun pergi ke tempat tinggal (dijemput orang yang aku kenal) dekat Api-api centre. Time tu pun dah malam, so just ready for tomorrow.

Esoknya, kami pon mula meronda bandar KK (dengan kereta pinjam). Because tak berapa familiar dengan KK, kami pon cadang cari wayang dekat situ, since HP pun baru start showing kat M’sia. So, kitorang pun jumpalah GSC dekat KK, dan dengan surprise-nya, GSC dia adalah Dewan Serbaguna re-use. Nak / taknak, tengok jugalah. Habis tengok wayang, balik dan…gila bosan. Actually ada something happened to us that night, first time aku layan Karaoke and dua orang aweks yang kelam-kabut…

Api-api centre dekat dengan sebuah shopping kompleks, which can be called “Mid-Valley Sabah” – Centre Point (CP). Kat dlm CP ni, first three floor dia, adalah bagaikan berjalan dalam Pertama Complex. Atas sikit, baru boleh jumpa kedai branded dan Starbucks. Dekat dalam situ, ramai orang-orang pelik dan aneh kita boleh jumpa. Aku try cari orang utan, tapi kat Sepilok arr, bukan kat KK.

Esoknya, hujan. Segala plan terbantut, bangun dah lambat. Nak tunggu hujan reda, Plan: pegi wetworld. Lepas semayang jumaat (lepas makan), kami gerak mencari wetworld. Bukan main senang nak mencarinya guna peta, at last, time dah nak give up, kami jumpa signboard tunjuk direction masuk. We thought, wetworld tuh betul-betul wet, but just a hutan paya bakau in KK (and its almost empty).

For the remaining of the day, kami just take on the road, jalan sepanjang pantai, viewing the scenery. Nothing special, we just wait until sunday, sebab ada orang dah janji nak bawa kami pusing-pusing kaki gunung Kinabalu. Thus, on saturday, kami cuma duk rumah, layan astro…what a stupid day (except Die Hard malam tuh and bowling pagi).

Aku taktau nak kata apa, orang kata dah lama KK tak hujan, tp sepanjang kami datang KK, tiba-tiba dia hujan seminggu. Apa bala aku bawa pun tak tahu. So, on sunday morning, kami berangkat ke Ranau and Kundasang untuk view Mount Kinabalu. On the way to Ranau, hujan lebat datang, and kabus tebal pun wujud. Dah tak nampak apa. What the?? Memang malang sungguh nasib kami. Lama pula hujan tu. Kami just visit Poring, and taste some of the hot spring. Waktu tu, aku dah fikir, yang percutian aku memang disaster, serious disaster. Taik…

Pagi keesokan harinya, kami pon cuba mencari tempat untuk photo shoot dekat KK, and we just found the place: Tanjung Aru dan Museum Sabah. Ada banyak jugalah benda aku pelajari pasal Sabah dan sejarah silamnya. Petangnya, aku pun sempatlah melakukan shopping sedikit dekat pasar Filipino sebelum berangkat pulang ke Semenanjung malam itu. Sempat jugalah aku beli souvenier, dengan perasaan hampa…mutiara…

Maka, berakhirlah percutian aku yang ntah apa-apa di Sabah selama seminggu. Ada jugalah pengalaman manis kat sana, walaupun tak berapa kuat. At least, dapat juga aku merasa cuti-cuti M’sia, which is actually, the begining of my holiday…