Archive

Monthly Archives: September 2007

Duit. Semuanya kerana duit. Pasal duit sahaja, manusia boleh jadi gila, tak pun, menjadi satu benda yang lain. Baru-baru ni, hidup aku banyak berkaitan dengan duit. Dan yang penting, ada memberi impak yang jitu kepada corak perjalanan hidup aku.

Dari  tahun lepas lagi, adanya konflik dalaman antara pihak fakulti dan pihak pentadbiran U. Kami sebagai student, lebih-lebh lagi international student memang kadang-kadang susah nak ambil berat hal-hal berkaitan U. Kami hanya tahu, pelajaran yang kami dapat cukup dan cemerlang. Apa yang terjadi dalam U aku sama macam satu lagi hal yang terjadi kepada aku dan kawan-kawan aku.

Elaun bulanan tak cukup. 

Pihak atasan kami pula seolah-olah tidak dapat mencari sebab mengapa duit harus dinaikkan. Melihat keadaan sebahagian dari kami yang sempurna, tiada sebab mengapa elaun harus dinaikkan. Mungkin sebahagian dari kami di Canada ini memang tak terasa kehidupan dengan duit yang cukup-cukup makan, disebabkan tinggal di dalam kampus. Tapi bagi rakan-rakan kami yang tinggal di tempat kos kehidupan lebih tinggi dari biasa, beban yang mereka pikul dan mereka fikirkan menjadikan duit itu tidak cukup. 

Dengan itu lahirnya insan-insan berfikiran waras cuba menyedarkan pihak atasan. Bila dihitung balik akaun perbelanjaan, dan perbandingan antara pelajar di US, ternyata kehidupan kami lebih susah. Bila dikemukan perkara ini kepada orang atasan, permintaan kami tidak dilayan. Ada pun sekali, tidak membawa sebarang berita gembira. Maka dengan itu lahirnya wira “pemberontak” menggesa untuk dinaikkan elaun bulanan. Perkara yang sama terjadi kepada U aku. Bila permintaan cikgu-cikgu tidak dilayan, mereka memberontak, dan sekaligus memberi beban kepada kami semua.

Perkara ini pernah terjadi suatu ketika dahulu, dan telah pun diselesaikan dengan satu resolusi. Bagaimanapun, resolusi ini hanya pada kontrak sahaja, dan ini telah menjadikan sebelah pihak marah. Dengan itu mereka mengadakan sekali lagi rundingan, dan jikalau tidak membawa kepada berita gembira, strike-in two weeks. Dalam masa itu, tiada kelas langsung!

Time ni lah aku rasa masa untuk students naik kepala pulak. Takkan lah disebabkan perkara camni nasib pelajaran kami terganggu. Memanglah aku rasa benda ni macam not fair kepada faculties lain, tapi please, please, please, no strike. Kalau amik masa 2-3 hari tak kisah lah, ni sampai 2 minggu. lama tu. petang tadi ada biggest meeting for Student Union. tapi, meeting ni kener cukup korum, baru boleh jalan dan kami sebagai student dapat kuasa bersuara sepenuhnya. malang tu memang malang, tak cukup korum. Meeting adjourned…hampeh. lepas information session tadi berkenaan strike yang akan datang dan apa sebab sebenarnya, baru aku dapat baca sikit kenapa salaries kener naik, bukan untuk selamatkan hidup cikgu-cikgu jer, tapi nama baik U sendiri. U aku memang terkenal dengan yuran mahal, mungkin tak semahal Toronto. So, kenapa pula cikgu tak dapat duit yang cukup? ke mana perginya duit tu? mungkin disalurkan ke tempat lain, tempat lebih penting. maybe? U kata memang tak pernah ada balance untuk setiap tahun. hu? maybe benda sama juga jadi kepada kompeni yang menaja. walaupun untung berjuta-juta, duit tu disalurkan kepada pekerja-pekerja (dapat bonus bulanan banyak tuh!!!)? kerajaan kita? maybe?

diharapkan Allah memberi kesenangan kepada kami semua, dunia dan akhirat. Amiin.

Advertisements

time kecik-kecik lagi, aku dah ikut orang bangun sahur. disebabkan aku lahir bila akak-akak aku dah besar, time mereka bangun sahur, aku pon ikut skali. time aku umur 6 tahun, aku dah sibuk puasa, walaupun sekerat hari. “kalau makan takpa kan mak?” time tuh aku ingat lagi, mak aku baru balik dari pasar, beli mee soto. hehe. reaching age of 8, aku dah puasa penuh sebulan, dengan ganjaran 100 ringgit. wuahaha, tak ikhlas nyer budak. tapi menjelang 10 tahun, aku dah tak perlu berbayar lagi, sebab dah terer kot. aku pun tak ingat pasal apa…

 

bangun sahur adalah benda yang paling payah sekali. malas basuh muka, ngantuk tahap tak siuman. makan tak selera, lauk tak sedap. mamai. dulu, time habis jer sahur, aku tidur balik, tak sampai setengah jam tidur, ayah kejut subuh. tensen gila, solat pun seminit jer, nak tidur balik. punyalah teruk.  aku pon tak ingat bila benda tu berlanjutan, maybe sampai sekolah menengah.

 

time dekat asrama dulu, sahur adalah pengalaman paling manis. pagi-pagi kena kejut dengan senior atau member sebelah. macam robot: bangun dari katil, basuh muka, basah rambut, terus pergi dewan selera. lauk sahur sedap, compare dengan lauk time buka. pasal apa entah, tak tahu. certain thing is unable to explain, because it is so weird to think of.

 

pernah suatu ketika dahulu, aku pergi sahur. ngantuk punya pasal, sisa makanan dalam tray tu aku buang dalam bakul  cawan, sebabnya bakul tu betul-betul sebelah tong sampah. member-member aku yang lain dah tergelak kuat, budak-budak pompuan berdekatan pun perasan. malu aku, siot punya kawan. tapi takpa, aku maafkan.

 

sekarang, sahur adalah benda yang paling aku tensen. roti, roti, roti, roti….

dah lah seorang diri, sejuk, lambat plak tuh bangun. buka puasa, balik-balik pizza. nasi kadang ada. tuh pun masak tak bagus. mak pesan beli rice cooker, malas. banyak pula barang dalam bilik aku ni. oats jer lah boleh buat aku tahan, tapi aku makin kurus. afiqah kata aku makan benda yang menggemukkan, takda pun perubahan. sama jer.

 

how I miss my home, especially during this time…

BERAKHIRNYA SEBUAH KISAH [part four]

Kapas Island Adventure…not really, but the best holiday I ever had during the last summer (looking forward again next year). Aku takda idea sebenarnya nak pergi sana, time amiir baru balik dari bali hari tuh, dia ada cakap pasal nak pergi sana dengan member dia yang lain. aku terasa segan pula bila ada member dia, sebabnya aku takut nanti diorang cakap perancis, takkan aku nak guna dialect North American aku. tapi lepas dia cakap family dia nak ikut sekali, aku pun hilang rasa segan. Malam itu jer, amiir dah mesej aku beritahu tiket untuk aku dah booked.

Aku cakap dengan mak aku, mak aku lepaskan saja (sebab mak ayah dia ikut sekali). Aku sebelom tu dah cakap dengan kaklong, and dia suruh aku guna duit dia. aku dah rasa segan, banyak gila aku habiskan duit akak aku bila balik Malaysia ni. My mom, dengan sindirnya berkata “amiir pergi sabah dulu camner?”. dengan itu termaktubnya, bila aku call amiir malam selepas pergi PD, aku saja bagi hint (yang menyebabkan aku rasa bersalah lagi) “duit pergi sabah??”.

Malam sebelum pergi tu, kaklong aku bagi duit lagi. aku malas nak cakap, tapi mak kata kita simpan duit tu nak pergi Singapore next week. aku pon simpanlah (dimana aku bawa duit tu pergi Kapas, dengan harapan amiir nak juga duit tuh, tapi dia kata takyah).

Then on 11 Ogos, aku sampai di Marang, Terengganu.  Selepas drive (amiir dengan ayah dia) selama 6 jam (singgah sebentar di Kuantan semalam), kami kena naik boat untuk ke Pulau Kapas. Itu adalah first time aku naik boat laju, dan juga tanpa jaket keselamatan. Kami tidak tahu, driver tu pun buat tak tahu. Kami ditakdirkan tinggal di Kapas Island Resort, which is near the main jetty.

 Then aku jumpa kawan-kawan amiir yang lain, at surprisingly, semuanya budak sekolah Sains dia dulu. takda pun budak France. buat cemas aku jer. Aku baru jer sampai, takkan serta merta nak mandi. Aku just duduk relax dulu, tunggu bilik boleh check-in. kami terlepas makan tengahari, sebab lambat sangat nak keluar dari bilik lepas check-in. Petang tu juga ada Snorkeling, okeh juga kalau tak payah makan, nanti tak pasal-pasal terkeluar pula.

Itu adalah first time aku Snorkeling. Aku ni tak pandai berenang sebenarnya. Kuak kupu-kupu tu boleh lah sikit. Aku tanya eysham dulu samada dia panda ke tidak berenang, dia kata tidak. “okeh, ko teman aku”. Time semua orang dah terjun, aku macam lemah jer semangat. Kuatkan semangat, relax jer aku terapung, memang lah, sebab ada Floating Jacket. It was awesome, seeing the coral and sea urchins, some Nemo-type fishes, and some other stuff on the (shallow) sea floor. Tapi, tenaga yang diperlukan adalah memenatkan, dengan goggle aku yang dah berwap, aku kena naik semula ke boat. Aku dah nampak dah boat tu dari jauh, makin aku mengayuh tangan aku (berenang katak), jauh lagi rupanya. Bila penat kayuh pakai tangan, aku guna kaki. Rupanya makin susah aku nak ke sana!!!. Finally, alhamdulillah, sampai juga aku ke boat. bila aku naik, aku nampak (dengan terkejutnya), eysham. give up dah dia, kesian…

After terjun balik 2 more times (dengan goggle yang jelas, lagi seronok), kami balik semula ke shore. Petang tu takda apa sangat, kami just pergi makan dekat “Kedai Double” untuk membalas kembali time makan tengahari yang terlepas. Kedai tu, dipanggil double sebab, waktu untuk masak adalah double dari biasa, dan harganya yang totally double dari biasa. Tapi, kami tak kisah, sebab nak alas perut jer. Time untuk makan malam pun dah dekat, kami just wait there and ready for dinner. Ada BBQ, tapi kami tak buat BBQ tu, kami makan hasilnya jer. That night ends with quiet and nice (not really) sleep.

Esoknya hujan. Hahahaha. Ni adalah benda yang aku rasa memang ditakdirkan kepada aku yang malang. mana-mana aku pergi bercuti jer, hujan turun. tak pernah lah tak turun, pergi Sabah dulu pun sama. Lama pula hujan turun hari tu, sampai petang, dalam pukul 3 baru dia berhenti (tapi tak sangat). Kami pergi berkayak untuk petang itu; merupakan aktiviti yang penat, dan tidak berapa menghiburkan (aku naik mabuk pula sambil ombak memukul kayak itu). Lepas habis berkayak, kami ada jungle trekking. Masuk hutan, yang tak mencabar sangat (hutan pulau kecil). Ini dapat dibuktikan dengan habisnya satu paket kacang sepanjang perjalan pergi balik trekking.

Tujuan trekking itu adalah membawa kami ke satu spot yang menarik di sebalik pulau Kapas. Dekat situ, adanya Geological evidence yang memang menakjubkan untuk dilihat. Kita boleh tengok  some rocks yang tilted, some geological contact and some other geological/geomorphological features. Aku tak tahu kenapa aku excited bila sampai tempat tu. Hahaha. bodoh…aku harap jer excited, tapi bila fikir balik tu batu apa, aku tak tahu pon apa dia…

Then, after finishing jungle trekking tu, kami balik semla ke pantai, and main bola. Itu memang hari yang paling menarik untuk dihabiskan di Pulau Kapas. Malam tu pula, we made unggun api, just to get the feeling of camping mood dekat tepi pantai. That night was amazing, walaupun mengantukkan sikit.

Esoknya kami berangkat ke seberang, and balik ke KL (after some detour ke Pasar Kuala Terengganu and Kuala Berang, makan durian). The journey at Kapas Island….was definitely [or seriously, if you like to] wonderful. (next year, kita pergi serang Redang!!!!)

Last but not least, happy Ramadhan to all Muslim Brothers and Sisters out there, to my Friends, and to my beloved Family. 4 tahun raya kat sini….

yesterday morning, i woke up and i saw her. she was there, appeared like always. it has been tradition that i was the first one approached her and say “hye”. lately, it was different. how i miss her now, i miss her always. eventhough it was short, that day was the day that changed my life, not forever, that is not yet. the time always come, always there, showed me its presence, showed me the sign “go for it”. hesitation was the limit which came and destroy my desire.

when will it be? when will it end? how am i going to live through it? soon, that is my answer, soon…

when she was not here, i miss her, desire arose. when she appeared, i lost it. the need to tell her the truth, gone. it was like magic: the fairness of her, makes me like her; the attitude, makes me love her. the difference, i can’t tell. maybe someone can. i pretend that i don’t, but i do. how about her? can she tell the difference? she cannot even see the “signs”. or is it me?

friends, that is what we can always be. more than that, it’s the work of the God (partially by ourselves).

BERAKHIRNYA SEBUAH KISAH [part three]

 

This is briefly a story about 3 stooges who happened to live in Malaysia during the recent summer break. Their presence on the motherland during those periods, isn’t staged, but by accidents.

 

Even though they are mere stooges, they are the best, that you – will – ever find in your life. Here how it goes, this is their adventure…

 

Similar character throughout the story: aku and Amiir. Replacement: Ashrul and arepp.

 

Monday

 

aku pergi times sqr. amiir nak bagi hadiah dari bali. dah janji dengan ashrul, jumpa kul 12.

 

ashrul call, kata lambat sikit. aku masih kat stesen chow kit monorel. aku pon dah lambat sebenarnya.

 

aku plan nak cari kasut. memanga dari dulu lagi niat aku nak buat macam tu. hari tu nak setelkan juga. sampai sana, jumpa amiir, then pergi cari kasut. converse, 108 ringgit. white…

 

ashrul call, kata dah sampai. aku kata kat atas borders, tingkat 4. sebenarnya, borders is at 2nd floor (the top floor). so reasonably, aku ada kat tingkat 3. lama aku tunggu, dia call, kata ada kat depan restoran. hah?? mana plak ada kedai makan atas borders. then, aku baru perasan, food court ada kat belakang. susah betul lah dia ni.

 

ashrul tak tengok cerita Transformers lagi, that is why dia sibuk nak ikut kami gak. Aku plan nak main bowling (recently open, price is reasonable for student). nak tak nak, ashrul take 2 game, kami take 3 game. Last time aku tengok ashrul main bowling dekat Ottawa. dia ada skill yang power, got his own style of throwing, but always longkang mari. The most important thing is, actually, was to have fun. Don’t really care about marks, right?

 

ashrul tak tahu pasal plan arepp nak pergi PD, so dia tak conform 100% nak pergi ke tidak. esok, katanya nak bagi jawapan. and if ashrul ikut, it was impossible nak fit in kereta. even amiir pon tak leh ikut.

 

The plan is, go to PD, stay at apartment aunt arepp. The people who was likely going: aku, arepp, ikmal, and 2 frens of ikmal. 2 guys and 3 girls? that sounds superb. ada ura-ura, fren ikmal boleh tahan cun. i was having the most desirable dream, when suddenly arepp called while i was in KLCC (fetched some parcel for my mom).

 

ikmal cannot go, because atuk dia sakit kuat, and already at the hospital. the 3 seats was open. arepp plan nak ajak juniors pet yang lain, in case they are interested. tapi, again, harapan hilang begitu sahaja. aku call amiir, nak pergi ke taknak, then dia kata ok. 3 orang conform, tinggal ashrul, which is likely not going. dia ni hampeh sikit, apa boleh buat.

 

wait up, this is the worst scenario i ever met.

 

aku sepatutnya take platform sebelah kiri, since aku nak ke Ampang Park station. Tapi, sebab tengah cakap dengan arepp through cell phone, aku take right platform (di mana ramai orang beratur, balik kerja). so the tren was packed with human (after long line of waiting), whic then i realized, the speaker spoke “Next station, Kampung Baru”. eh? ampang park supposed to be only one station after KLCC, and it will never pass through Kg. Baru. alamak, salah naik tren lah plak. I have to squeeze out from the lots people inside the train, to stop at Kg. Baru. Then i catch the next train to ampang park, which was, again passed the KLCC station. this time, at the station, lots of people were coming into the train, and brother kerja suruh orang masuk “dalam lagi” was shouting real loud “masuk dalam lagi, dalam lagi!!!”. himpit-himpit. i was in the “quiet mood of my own” then aku terdengar, dari pada orang (lelaki) yang paling dekat, sebelah aku: “apalah abang tuh, ada ke dia suruh masuk dalam lagi, sakit tau”. huh??? did something happen??? owh my god, pondan.!! and then they started talking about “abang comel”. what the?? holy….but nasib baik aku berenti kat ampang park. actually, when one of them making a path for me to walk out from the train, i have a feeling, that i was the “abang comel’…waaa…

 

Tuesday

 

 

[part of this story is in arepp’s blog (ariffshazwan.blogspot)]

departed from KL pukul 10 pagi. fetched amiir at 11 pagi. teruskan perjalanan ke PD. dalam pukul 1 tghari, kami dah sampai kat PD. menurut direction makcik arepp, itulah apartment nya. tp ada sedikit problem, kami tak dapat masuk. kes naya. mana nak cari tempat singgah?? finally, after some funny situations, kami ambil keputusan stay kat tepi laut yang berdekatan.

disebabkan cuaca yang panas, kami tak nak ambil risiko jadi gelap. di sebabkan bosan, arepp ada idea: “pergi cyberjaya jom!!”. haha. inilah kisah terhebat kami. setengah jam yang lepas ada kat PD, setengah jam kemudian ada kat Alamanda, Putrajaya. macam ahli silap mata….

kat MMU, kami jumpa kawan arepp. lepas habiskan masa kat Alamanda main bowling satu game, kami pergi pusing Putrajaya. aku rasa, kat tempat tuh lah duit kerajaan di habiskan, tapi memang gempak. dlm masa 10 tahun lagi, Putrajaya memang akan jadi bandar no. 1 negara. dekat situ jugalah aku rasa tak macam dekat malaysia. dekat mana entah, tak tahu…

 malam tu, kami bermalam di rumah amiir, lepas lepak kat kedai Ameer Ali. hisap sisha…taubat aku…

BERAKHIRNYA SEBUAH KISAH [part two]

Amiir pergi Bali. Aku pula keseorangan di rumah. Seminggu lepas pulang dari Sabah, aku dah tiada kerja nak buat. Finally, ada juga invitation dari arepp. Ada briefing katanya, dekat KLCC. Tapi, aku tak dijemput pun oleh En. Rasyidi. Buat apa aku nak pergi. Ish, malas aku.

Tapi disebabkan aku bosan duduk rumah, pergi jugalah. Nak buat macam mana. Izyan pula tak pasti pergi ke tak, kalau ada emergency case, mungkin aku boleh naik sekali. Hehe.

Dod telefon aku, nak bagi barang apa entah. Aku plan jumpa kat KLCC, senang. Dia kata ok. Esok pukul 9 pagi aku kena bertolak.

Selama empat bulan aku balik Malaysia, aku dah pandai atur jadual perjalanan bas dan tren sekitar KL. Bas RAPIDKL (rapid) boleh guna satu tiket RM2 sepanjang hari. Tapi tengok jenis bas: ‘U’ atau ‘utama’ hanya guna tiket tulis ‘UTAMA’, ‘B’ atau ‘bandar’ hanya guna tiket bandar, dan seterusnya. Tapi aku dapat tahu ada tiket ‘SEMUA’, harga RM4. Tiket tu boleh guna semua bas, tak kira ‘U’, ‘B’, atau ‘T’. Aku dengar boleh guna untuk tren yang dibawah naungan RAPIDKL (kecuali monorel dan metrobus). Aku tak pernah try beli, tapi pernah nampak orang guna. Metrobus convenient juga, tapi disebabkan buruk (hehe), aku kadang-kadang naik.

Cara aku pergi ke KL:

 

  1. naik bas rapid U3 (dekat depan rumah makcik senah). 2 ringgit tiket, pergi balik
  2. sampai stesen (utama) Titiwangsa, naik monorel stesen situ juga.
  3. Ke KLCC: tukar tren dekat Bukit Nanas, pergi stesen PUTRA (nama lama) Dang Wangi. Kena jalan kaki sikit. Ke TIMES SQR: terus ambil tiket ke IMBI. Ke Megamall: via sentral.

 

So hari tu, aku nak ke KLCC, aku kena tukar tren kat Bukit Nanas. Dari stesen Dang Wangi, aku pergi KLCC. Sampai dekat sana, aku SMS arepp, kata nak pergi jumpa Dod kat TGV. Itu adalah kali pertama aku jumpa dia, dan itu je lah aku jumpa. Lepas tuh, jangan harap dapat. Selepas dapat barang, kami pun pergi ke food court, makan. Itu adalah first time aku jumpa legendary Azmeer. Senang juga lepak dengan dia.

Sudah kenyang, aku dapat tahu Izyan jadi pergi briefing. Senang hati aku. Tak payah nak tebal muka jadi poyo. Then, after Zuhur, aku sibuk sikit kat lobby, jumpa junior. Ramai gak junior ICPU aku, tapi yang menariknya, ramai sungguh scholar ke US kali ni. Mostly from KMB (around my age). Arepp suruh aku naik, tak payah lah. Aku pun malas nak berdepan pegawai Petronas kat situ.

Aku pergi tengok wayang, haha. Cerita Vacancy (Kate Beckinsale, Luke Wilson). Boleh tahan jugalah cerita dia, typical thriller movie. Habis tengok wayang, aku try call arepp, sebab aku nak balik.Tapi, disebabkan dah ramai member dekat situ, aku pun tak jadi balik awal. Finally, aku balik kul 8 malam, sampai rumah pukul 11 (malam susah dapat bas). Penat…

Weekend tuh, arepp ajak aku keluar lagi. Kali ni malam…

Pergi ‘longkang’, tempat biasa kami melepaskan tensi (tekanan). Excited sungguh aku. Tapi, originality dah takda lagi. ‘Longkang’ yang selalu kami makan, dah pindah ke belakang. Area tu dah jadi besar, tempat yang asalnya tutup (dijadikan store) dah buka, dan banyak kedai makan baru. Mungkin sebab number of student kat ridzuan condo dah bertambah. Just nice, malam tu ada Mat, (akak) Ina, arepp (Ariff), dan (akak) Farah. Rindu aku zaman Taylor’s dulu: Baim, Budi, Harun, Zul, Sulai, Jeme, Arif, Mu’min, Ashrul (dia ni harap jer balik, malam tu ajak pergi tak nak), Farisa, Izyan, Wan Akmal, Fuza, dan Ainil. Hari hujan pun kami berlaga juga pergi sana makan, akak tu baik (walaupun takda diskaun). Kopi O dia memang original, takda kedai lain dapat tandingi. Tapi tu semua dulu, sekarang ni, tak berapa sangat. Management dah tukar, masakan tak berapa sangat, akak tuh pun dah takda, abang Tun dah hilang. Semua tinggal kenangan. Hidup mesti diteruskan…

Last, kami singgah gerai burger depan tu. ‘Makcik Burger’ pun adalah legendary figures yang terkenal sekitar area situ (ada keluarga ‘nasi lemak’, tapi itu masa pagi). Sempat jugalah aku beli burger ayam (makan kat rumah arepp). Then, kami balik, selepas lepak kat depan swimming-pool selama setengah jam. Malam tu aku lepak rumah arepp, sebab dah malam sangat, bas dah habis.

Next week, Amiir dah balik, arepp buat plan pergi Port Dickson (PD). Another stupid adventure waiting…