Archive

Uncategorized

Sorry for the changing design on this blog, as I am not really satisfied with what I want.

To make things really weird, I create a blogspot yesterday, but decided not to use it as a main platform. Stiil, it gives me a lot of options in changing fonts.

Anyway, good luck for exam everyone!

Last night, while I was browsing the Youtube, I encounter a video which direct me to this web site: http://www.zeitgeistmovie.com/index.html

It is a good independent-made-for-the-web video, which recall back the conspiracy theory from the beginning of Christianity up until now by Americans.

Hope everyone enjoys it.

One more thing!

Finally, after penantian yang agak panjang, since balik dari Malaysia, aku dapat tengok trailer cerita baru Suhaimi Baba:

1957: Hati Malaya

The trailer

OST by Datuk Siti Nurhaliza

I will definitely try to get this movie, I am sure this will be a great work ever from Malaysian director.

I hope…

Selamat hari raya aidilfitri

 

Maaf zahir dan batin

 

 

 

Kepada yang berada di perantauan (mostly yang bukak blog ni), jangan lah bersedih sangat ok?

 

Kepada yang kat Malaysia, enjoy! Tapi jangan tak ingat dunia plak~

 

Pagi raya tadi, mak ngan ayah dah syahdu. Aku pun turut bersyahdu. Hahaha. Kali ni sikit orang, compare last year. Maybe sebab ada salah fahaman antara mereka…

The title should be Ramadhan dah nak habis kan? Just cliche. Some people excited puasa dah nak habis (especially kids), some become very emotional because ramadhan yang lepas tak banyak buat ibadat, and have to wait for long time before next ramadhan. I am one of them, with addition tak dapat balik raya kat rumah (4 years!!!!).

 

Ramadhan baru ni adalah satu pembaziran yang Allah kurniakan kat aku. Mungkin ada juga manfaatnya, bila aku jadi imam untuk terawikh 8 rakaat for 3 malam, seingat aku. Aku tidak berniat bongkak dengan bercerita begini. Tapi itulah dia, aku jadi imam sebab tiada orang lain yang nak datang terawikh and yang datang pun adalah orang tua yang tidak larat segi fizikalnya. Surah yang aku boleh bawa pun adalah surah-surah lazim, bacaan tidak berapa tepat memandangkan aku tidak tajam didikan agama. Tetapi aku tetap mencuba, memohon petunjuk yang sempurna dari Illahi.

 

Pengalaman berpuasa di negeri orang ini selama 2 tahun telah memberikan aku serba sedikit pengalaman. Pertama, puasa ini bagaikan sekelip mata, tanpa rasa letih lesu puasa. Setiap hari masa subuh jadi lambat, dan buka puasa makin cepat. Cuaca sejuk menjadikan kita tidak berpeluh, dan sebaliknya membuat kita semakin lapar (penggunaan tenaga haba metabolisma), dan pengakhirannya tidur tidak sedar dunia. Masa yang boleh digunakan untuk membaca Al-Quran atau pun menyiapkan assignment yang betimbun macam Bukit Botak kat Selayang, hilang kerana tidur.

 

Kedua, salah satu tabiat aku yang susah untuk diterapkan adalah berjaga selepas subuh, dan terus ke kelas pukul 8.30 pagi. Pernah satu pagi aku cuba berbuat begitu, tetapi aku bagaikan “mati” dalam kelas Microecons dan Geology. Aku dah tak nak buat lagi dah, maka aku cuba untuk melenakan diri selama satu jam setengah sebelum kelas. Kadang-kadang itu, susah sangat nak tidur, aku cuma dapat setengah jam sahaja nikmat tidur. Maka dalam kelas Econs – yang memanglah membosankan – bagaikan berperang dengan “Sleepy Soldier” dari kayangan mana entah. Satu kelas lagi yang sukar untuk aku menyedarkan diri adalah geomorphlogy. Sampai satu tahap tu, aku jadi sakit kepala semata-mata nak memaksa mata tu terbuka, telinga tu dengar dan kepala itu faham.

 

Bila raya ni? Malaysia sambut sabtu, Canada or ISNA tetapkan bila? Kat sini orang-orang yang senior dan sepatutnya announce dekat student lain diam jer. Assume sabtu jer lah, 29 days puasa. Raya hari sabtu ni bagus, takda kelas lepas sembahyang raya. Orang kat sini macam tak kisah jer semangat raya, ada tuh lagi tak kisah. Solat sunat Raya tu penting gak lar. Ni lah dia, time perasaan raya kat rumah tu datang…

 

Kuih raya dalam balang, ketupat, lontong, lemang, rendang, langsir baru, susunan meja kerusi dalam rumah lain, muka happy+sedih mak, ayah, kaklong, kakngah, abanglong, budak-budak kecik, pakcik makcik, sepupu sepapat, kawan-kawan, salam sana, salam sini, pergi sana, pergi sini, bunga raya, mercun, warna-warni baju raya, rancangan tivi raya 24 jam, dan DUIT RAYA. Dah dekat 4 tahun tak dapat duit raya. Bila lagi heh?

 

Aidil Fitri tahun ni dah tak sama lagi di Malaysia. Arwah nenek tiada lagi sebagai penghias hari gembira ini. Al-Fatihah kepada Hajjah Hasmah, nenda ku yang tercinta, semoga rohnya bersama dengan ahli syurga yang lain…

Duit. Semuanya kerana duit. Pasal duit sahaja, manusia boleh jadi gila, tak pun, menjadi satu benda yang lain. Baru-baru ni, hidup aku banyak berkaitan dengan duit. Dan yang penting, ada memberi impak yang jitu kepada corak perjalanan hidup aku.

Dari  tahun lepas lagi, adanya konflik dalaman antara pihak fakulti dan pihak pentadbiran U. Kami sebagai student, lebih-lebh lagi international student memang kadang-kadang susah nak ambil berat hal-hal berkaitan U. Kami hanya tahu, pelajaran yang kami dapat cukup dan cemerlang. Apa yang terjadi dalam U aku sama macam satu lagi hal yang terjadi kepada aku dan kawan-kawan aku.

Elaun bulanan tak cukup. 

Pihak atasan kami pula seolah-olah tidak dapat mencari sebab mengapa duit harus dinaikkan. Melihat keadaan sebahagian dari kami yang sempurna, tiada sebab mengapa elaun harus dinaikkan. Mungkin sebahagian dari kami di Canada ini memang tak terasa kehidupan dengan duit yang cukup-cukup makan, disebabkan tinggal di dalam kampus. Tapi bagi rakan-rakan kami yang tinggal di tempat kos kehidupan lebih tinggi dari biasa, beban yang mereka pikul dan mereka fikirkan menjadikan duit itu tidak cukup. 

Dengan itu lahirnya insan-insan berfikiran waras cuba menyedarkan pihak atasan. Bila dihitung balik akaun perbelanjaan, dan perbandingan antara pelajar di US, ternyata kehidupan kami lebih susah. Bila dikemukan perkara ini kepada orang atasan, permintaan kami tidak dilayan. Ada pun sekali, tidak membawa sebarang berita gembira. Maka dengan itu lahirnya wira “pemberontak” menggesa untuk dinaikkan elaun bulanan. Perkara yang sama terjadi kepada U aku. Bila permintaan cikgu-cikgu tidak dilayan, mereka memberontak, dan sekaligus memberi beban kepada kami semua.

Perkara ini pernah terjadi suatu ketika dahulu, dan telah pun diselesaikan dengan satu resolusi. Bagaimanapun, resolusi ini hanya pada kontrak sahaja, dan ini telah menjadikan sebelah pihak marah. Dengan itu mereka mengadakan sekali lagi rundingan, dan jikalau tidak membawa kepada berita gembira, strike-in two weeks. Dalam masa itu, tiada kelas langsung!

Time ni lah aku rasa masa untuk students naik kepala pulak. Takkan lah disebabkan perkara camni nasib pelajaran kami terganggu. Memanglah aku rasa benda ni macam not fair kepada faculties lain, tapi please, please, please, no strike. Kalau amik masa 2-3 hari tak kisah lah, ni sampai 2 minggu. lama tu. petang tadi ada biggest meeting for Student Union. tapi, meeting ni kener cukup korum, baru boleh jalan dan kami sebagai student dapat kuasa bersuara sepenuhnya. malang tu memang malang, tak cukup korum. Meeting adjourned…hampeh. lepas information session tadi berkenaan strike yang akan datang dan apa sebab sebenarnya, baru aku dapat baca sikit kenapa salaries kener naik, bukan untuk selamatkan hidup cikgu-cikgu jer, tapi nama baik U sendiri. U aku memang terkenal dengan yuran mahal, mungkin tak semahal Toronto. So, kenapa pula cikgu tak dapat duit yang cukup? ke mana perginya duit tu? mungkin disalurkan ke tempat lain, tempat lebih penting. maybe? U kata memang tak pernah ada balance untuk setiap tahun. hu? maybe benda sama juga jadi kepada kompeni yang menaja. walaupun untung berjuta-juta, duit tu disalurkan kepada pekerja-pekerja (dapat bonus bulanan banyak tuh!!!)? kerajaan kita? maybe?

diharapkan Allah memberi kesenangan kepada kami semua, dunia dan akhirat. Amiin.

time kecik-kecik lagi, aku dah ikut orang bangun sahur. disebabkan aku lahir bila akak-akak aku dah besar, time mereka bangun sahur, aku pon ikut skali. time aku umur 6 tahun, aku dah sibuk puasa, walaupun sekerat hari. “kalau makan takpa kan mak?” time tuh aku ingat lagi, mak aku baru balik dari pasar, beli mee soto. hehe. reaching age of 8, aku dah puasa penuh sebulan, dengan ganjaran 100 ringgit. wuahaha, tak ikhlas nyer budak. tapi menjelang 10 tahun, aku dah tak perlu berbayar lagi, sebab dah terer kot. aku pun tak ingat pasal apa…

 

bangun sahur adalah benda yang paling payah sekali. malas basuh muka, ngantuk tahap tak siuman. makan tak selera, lauk tak sedap. mamai. dulu, time habis jer sahur, aku tidur balik, tak sampai setengah jam tidur, ayah kejut subuh. tensen gila, solat pun seminit jer, nak tidur balik. punyalah teruk.  aku pon tak ingat bila benda tu berlanjutan, maybe sampai sekolah menengah.

 

time dekat asrama dulu, sahur adalah pengalaman paling manis. pagi-pagi kena kejut dengan senior atau member sebelah. macam robot: bangun dari katil, basuh muka, basah rambut, terus pergi dewan selera. lauk sahur sedap, compare dengan lauk time buka. pasal apa entah, tak tahu. certain thing is unable to explain, because it is so weird to think of.

 

pernah suatu ketika dahulu, aku pergi sahur. ngantuk punya pasal, sisa makanan dalam tray tu aku buang dalam bakul  cawan, sebabnya bakul tu betul-betul sebelah tong sampah. member-member aku yang lain dah tergelak kuat, budak-budak pompuan berdekatan pun perasan. malu aku, siot punya kawan. tapi takpa, aku maafkan.

 

sekarang, sahur adalah benda yang paling aku tensen. roti, roti, roti, roti….

dah lah seorang diri, sejuk, lambat plak tuh bangun. buka puasa, balik-balik pizza. nasi kadang ada. tuh pun masak tak bagus. mak pesan beli rice cooker, malas. banyak pula barang dalam bilik aku ni. oats jer lah boleh buat aku tahan, tapi aku makin kurus. afiqah kata aku makan benda yang menggemukkan, takda pun perubahan. sama jer.

 

how I miss my home, especially during this time…